Isnin, September 21, 2009

KEM BARNABAS




Setelah hampir 7 tahun "hilang" dalam kalendar PGKS dan terpaksa pula sekali ditangguh pada tahun ini, maka Kem Barnabas berjaya dianjurkan oleh PGKS buat kali ketiga. Puji Tuhan kerana rencana dan jangkauan Tuhan untuk bakal-bakal guru tidak pernah hilang. Juga berkat kegigihan dan doa yang tidak putus-putus dari PGKS yang memungkinkan segalanya. Bahkan dua minggu sebelum kem, tempat juga terpaksa ditukar dan ini merupakan cabaran untuk mencari tempat baru dalam masa yang singkat.
Apap pun, itulah bukti penyertaan dan kebaikan Tuhan. DIA telah menyediakan segala sesuatu. Peserta seramai 22 orang yang mewakili IP Keningau, IP Gaya, Unitar dan UMS serta 13 orang ahli PGKS. Tempat kem juga sangat indah dan selesa iaitu Pace Bene Formation Centre, Papar milik gereja Katolik. Puji Tuhan kerana pihak gereja memberikan kebenaran menggunakan tempat tersebut walaupun tempahan yang singkat. Dua penceramah iaitu Pastor Alfred dari NECF mengupas isu nasional sementara Dr.Shirley mengupas isu kerjaya dan Bible Knowledge. PGKS pula mendedahkan peserta kepada konsep dan kaedah pelaksanaan kem yang efektif.
Pada penghujung program, diputuskan agar penganjuran kem ini secara bergilir dan IP Keningau bersetuju menjadi penganjur bersama Kem Barnabas pada tahun 2010. Semoga kem pada kali ini mendorong para bakal guru untuk berkomitmen dalam kerjaya dan pelayanan. Pastinya mereka menjadi berbeza dengan yang lain kerana telah didedahkan dengan isu-isu nasional yang mencabar. Terima kasih dan tahniah kepada penasihat dan semua ahli PGKS yang telah bertungkus lumus menjayakan kem ini.

Khamis, September 17, 2009

LAWATAN KE KAPAL MV DOULOS





Pada 16 September lalu, PGKS telah mengadakan program lawatan rasmi ke kapal MV Doulos. PPK yang sempat menghantar wakil ialah SMK Pitas, SMK Telaga, SMK Kanibongan, SMK Pitas II, SMK Bandau, SMK Matunggong, SMK Badin, SMK Nabawan dan SMK Beluran. Kesemuanya berjumlah 160 orang termasuk guru-guru pengiring. Semasa lawatan, pihak Doulos telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik khususnya perkongsian dan kesaksian dari kalangan krew kapal tentang Tuhan Yesus. Doulos telah menerima dan melayan rombongan dengan mesra walaupun sebahagian rombongan terlewat tiba. Paling best mereka/pelajar menikmati jamuan tengahari di dalam kapal.
Walaupun sebahagian pelajar tidak mampu membeli buku kerana kekurangan wang namun PGKS percaya lawatan ini mendedahkan pelajar kepada pelayanan sukarelawan serta penginjilan secara langsung melalui kedai buku. PGKS mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penasihat Pn Leong Tuan Ghee yang memberikan sedikit subsidi kos,pihak Doulos dan guru-guru Kristian yang berkorban dalam pelayanan ini. Tuhan memberkati