Ahad, Oktober 10, 2010

12 - 2 = 10

Jun tahun lalu, PGKS terlibat dalam Persidangan Kebangsaan Sekolah2 Mission. Dalam persidangan tersebut, 12 resolusi diluluskan untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri. Antara yang diambil perhatian awal oleh kerajaan ialah rayuan untuk penambahan 12 subjek SPM dimana salah satu subjek yang dirayu ialah Bible Knowledge. Agak lama juga menunggu laluan berbelit barulah ada pekeliling kebenaran dalam hal ini. Berita Harian ini hari melaporkan bahawa kerajaan melalui ucapan Datuk Dr Chua Soi Lek bersetuju menanggung bil utiliti kepada semua sekolah bantuan. Puji Tuhan. Ini jawaban Tuhan terhadap doa dan perjuangan kita selama ini. Mungkin ramai tidak sedar bahawa selama ini bil utiliti semua sekolah bantuan ditanggung oleh sekolah tersebut. Justeru kesediaan kerajaan menanggung bil ini merupakan kejayaan terhadap perjuangan semua pihak selama ini.
Saya masih ingat, dalam persidangan tersebut ada 12 resolusi dan dua isu yang telah didengar oleh kerajaan adalah senarai di bawah. Ada 10 isu utama lagi yang perlu dipertimbangan. Kita terus berdoa dan berunding agar keperluan sekolah-sekolah mission dapat diperhatikan dengan saksama dan adil Haleluyah !!!

Rabu, September 22, 2010

KEM SAHABAT SIRI 6






Kem Sahabat yang menjadi salah satu entiti pelayanan PGKS diadakan sekali lagi untuk kali yang ke-6 pada 3-6 September 2010 di Bantaran Joy Centre, Sikuati Kudat. Seramai 39 pelajar "terpilih" mengikuti kem. Seperti biasa kekuatan utama modul kem ini ialah RDK dan Firman ternyata memberikan kesan mendalam di kalangan peserta. PPK yang telah menghantar wakil ialah SMK Pitas, SMK Pitas II, SMK Bandau, SMK Pekan Kudat, SMK Sikuati, SM Lok Yuk dan SMK Matunggong. Agak menyedihkan ada PPK di beberapa sekolah yang sudah bersedia hadir tetapi GURU KRISTIAN di sekolah berkenaan TIDAK BERSEDIA untuk menghantar kerana TERLALU SIBUK. Satu ruang yang indah dalam hidup pelajar itu telah TERLEPAS begitu sahaja. Benarlah kata Tuhan bahawa tuaian sudah masak tetapi penuai sangat sedikit. Guru-guru yang berkomitmen dalam kem sangat sedikit. Tahniah cikgu Anan, Jafet,Laimin, Juining,Jaslin,Roslim, Jaman, Walter, Jota, Joestin,Ulik, Margaret,Lenih, Raidith dan srog guru baru dari SMK Pitas II (sory lupa nama..harap ada yg boleh sebut namanya dlm ruangan Shoutbox).
1. Dipaparkan gambar cikgu Walter bersama anak keduanya.Demi komitmen, dia sanggup bawa anaknya, tidur bersama dalam kem. Tuhan setia dan adil memperhatikan !!!
2. Gambar dua peserta saling mendoakan adalah pengalaman pertama dalam hidup mereka. Ini antara misi Kem Sahabat.

Jumaat, Ogos 06, 2010

PERUNTUKAN SUBJEK BIBLE KNOWLEDGE


PGKS mengongsikan usaha guru di SM St Francis Xavier, Keningau untuk memartabatkan subjek Bible Knowledge melalui pembelian buku-buku teks dan bahan lain subjek ini. Menggembirakan kerana wang yang digunakan sememangnya peruntukan khas dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) untuk subjek ini. Sebenarnya kalau subjek ini wujud secara rasmi di sekolah maka pihak sekolah boleh memohon ABM untuk subjek ini. Kalau yang sudah lama ada, maka bolehlah bertanya kepada pengetua tentang peruntukan ini. Buku-buku teks dan bahan material yang lain untuk subjek BK boleh dibeli di Pustaka SU, Tingkat 2, Wisma Merdeka, Kota Kinabalu. Tahniah cikgu Peter dan rakan guru yang lain.
Apakah sumbangan anda untuk memartabatkan subjek ini?

Sabtu, Julai 24, 2010

ISU LAMA YANG SANGAT RELEVAN

Kementerian pelajaran digesa supaya segera membatalkan arahan yang mengharamkan pembentukan persatuan keagamaan bukan Islam di sekolah kebangsaan.

Anggota jawatankuasa MCA pusat Loh Seng Kok dalam satu sidang akhbar hari berkata isu berkenaan menjadi masalah serius, terutama di sekolah-sekolah di Pulau Pinang.

Katanya, setakat ini hanya persatuan agama Islam sahaja yang disenaraikan dalam satu garis panduan pengurusan ko-kurikulum yang ditetapkan kementerian.

Tambahnya, kementerian perlu segera menghentikan interpretasi yang bercanggah dalam melaksanakan dasar ko-kurikulum.

Loh turut menggesa supaya layanan adil diberikan, termasuk dengan membenarkan persatuan bukan Islam dimasukkan dalam garis panduan berkenaan.

Isu tersebut mula menjadi perhatian apabila sebuah akhbar bahasa Inggeris pada awal bulan ini melaporkan mengenai pembubaran Persatuan Buddha, Hindhu dan Kristian di Sekolah Tinggi Klang.

Guru ditukar

Beberapa pihak mengemukakan pandangan bahawa isu tersebut timbul berikutan kesalahan dalam mentafsirkan surat pekeliling Bil.20/2000 yang diedarkan Kementerian Pelajaran pada tahun 2000, yang menyebut semua persatuan di sekolah perlu didaftarkan dengan jabatan pelajaran negeri.

Pada 13 Julai, timbalan menterinya Datuk Wee Ka Siong dilaporkan berkata, pentadbiran Sekolah Tinggi Klang telah membuat tafsiran yang salah ke atas kandungan pekeliling berkenaan.

Pekeliling berkenaan menyatakan bahawa persatuan agama bukan Islam yang dibentuk sebelum tahun 2000 tidak perlu dibubarkan.

Bagaimanapun, Loh berkata semua persatuan perlu diberikan layanan yang adil dan saksama, tanpa mengira tahun pembentukannya.

Katanya, isu berkenaan kini sangat serius kerana ada guru yang ditukar ke sekolah lain kerana aktif dalam kegiatan agama Kristian di sekolah mereka.

Guru yang berpengalaman mengajar selama 30 tahun itu berkata tidak ada alasan diberikan atas arahan pertukaran tersebut.

"Pada tahun 1998, saya sendiri menerima satu arahan daripada bekas pegawai atasan saya yang mahu hentikan semua kegiatan komuniti Kristian di sekolah. Apabila saya minta diberikan sebab, saya tidak diberikan satupun (sebab)," katanya

Turut hadir di sidang media tersebut ialah wakil guru dan juga pemimpin keagamaan termasuk timbalan presiden Persatuan Penganut Buddha Malaysia Loh Yit Phing, presiden Persatuan Buddha Subang Jaya Raymond Low dan setiausaha eksekutif Persekutuan Penganut Kristian Malaysia Tan Kong Beng.