Isnin, Mac 22, 2010

DUA PERISTIWA YANG BERMAKNA








13-15 Mac 2010 mencatat sejarah baru bagi perkembangan pelayanan PGKS apabila dua acara diadakan pada tarikh yang hampir serentak. Pertamanya Kem Barnabas Siri 4 telah diadakan di RRKK, Tuarid Tatal Keningau dengan kehadiran 65 dari IP Keningau, Gaya dan Kent. Termasuk guru, semuanya 75 orang menghadiri kem ini. Kehadiran yang cukup ramai pada kali ini amat mengujakan PGKS kerana mereka merupakan masa depan PGKS. Kem ini mengundang Ps.Alfred Tais sebagai penceramah utama. Disamping itu, pengarah IPG Keningau, Pn.Penny Lim turut menyampaikan ceramah dan seterusnya bersama-sama dengan para peserta menari dalam pesta tarian pujain pada malam terakhir. Pengarah IPG Keningau ternyata amat gembira menyokong penuh pelayanan PGKS, bahkan beliau turut menyumbang sokongan kewangan. Bishop Datuk Cornelius Piong turut menyampaikan ceramah disamping pengerusi PGKS. Turut memberikan sokongan ialah dua orang pensyarah IPG Keningau iaitu En.Mait Atong dan En.Ronald Botohong.
PGKS "kehilangan kata" menyatakan syukur kepada Tuhan kerana Kem Barnabas kali ini berlangsung dengan gemilang. Tahniah kepada cikgu Peter dan krewnya dari IPG Keningau yang berjaya menganjurkan kem ini dengan baik sekali. Terima kasih juga kepada gereja Katolik (RRKK) yang menyediakan tempat dengan diskaun bayaran sebanyak 50%. Tuan rumah Kem Barnabas pada tahun 2011 ialah IPG Kent Tuaran. Gimik penyerahan banner sebagai tuan rumah ternyata menggamit semangat yang tinggi untuk kelangsungan kem ini.
Pada malam 15 hb Mac, diadakan makan malam NECF-PGKS bersama pemimpin gereja Keningau. Seramai 21 orang pemimpin gereja dan guru hadir untuk makan bersama dan mendengar perkongsian daripada pihak NECF dan PGKS. Kehadiran pemimpin gereja dan guru ternyata kurang memberangsangkan namun semangat penganjur untuk menyalurkan isu dan beban ternyata membangkitkan semangat yang hadir. Puji Tuhan untuk dua acara yang sangat bermakna kepada PGKS.