Isnin, Mei 04, 2009

BIBLE KNOWLEDGE DI SMK PITAS

Puji Tuhan..buat pertama kali sejak 1981, kelas Bible Knowledge (BK) berjaya dimulakan di SMK Pitas. Pada tahun ini seramai 13 orang calon BK telah mendaftar dalam SPM.Generasi ini bukan sahaja yang pertama di SMK Pitas malah di daerah Pitas. Petang tadi saya sampaikan buku teks BK kepada mereka. Buku teks ini dibeli menggunakan wang pungutan derma di kalangan guru-guru Kristian SMK Pitas. Pengetua sendiri, Pn.Kinit Tagok menderma sebanyak RM200.00. Para pelajar yang semuanya merupakan wanita nampak begitu bersemangat walaupun subjek ini disoal dalam Bahasa Inggeris tetapi mereka berjanji untuk berusaha.
Saya memang tidak mampu menolong mereka kerana kekangan dalam banyak hal tetapi saya berusaha agar mereka ada keyakinan menghadapi subjek ini. Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada mereka kerana bimbang mereka tertekan. Saya mendorong mereka mereka dan mengatakan bahawa lulus bukanlah matlamat utama tetapi menjadi "rakan kerja" Allah di sekolah dalam menyatakan kemuliaan melalui pembacaan firmanNya. Melalui subjek ini mereka akan membaca firman Allah dan bukankah Allah berfirman bahawa firman yang ditabur tidak akan kembali dengan sia-sia tetapi akan berhasil. Pastinya hasil utama yang kita harapkan ialah mereka berjaya dan turut memiliki firman Allah dalam hati mereka.