Isnin, April 12, 2010

PELAYANAN PGKS TERUS MELANGKAH

Bulan Februari lalu, PGKS telah menghantar salinan 3 borang online permohonan KPLI daripada 3 orang guru sandaran dari SMK Matunggong, Kudat. PGKS memajukan surat itu melalui MCSC. Semasa mesyuarat FCCMSM 7 April lalu, MCSC telah memberikan salinan surat sokongan kepada terus kepada YBH Ketua Pengarah Pelajaran. Melalui SMS, KPP telah ambil perhatian perkara ini dan semoga Tuhan buka jalan untuk 3 orag guru ini diserap ke KPLI.
Ini adalah antara skop pelayanan PGKS masa kini. Isu ini juga telah menjadi sampel kes nasional mengenai isu birokrasi dalam pengambilan dalam latihan dan kerjaya perguruan. Kenapakah kuota, ras dan agama masih menjadi sandaran dan mengetepikan merit kecemerlangan akademik, semangat dan sahsiah seseorang?
Marilah kita perkasakan pelayanan PGKS supaya suara dan peranan PGKS semakin mantap dan dalam menjadi nadi dalam perkembangan pendidikan dan kerjaya anak-anak bumiputera Kristian di Sabah......