Isnin, April 20, 2009

MEMBINA MASA DEPAN


Shalom..mohon maaf agak lama tidak update blog ini terutama laporan Kem Tunas Misi yang baru lalu kerana masalah teknikal gambar. Kem Tunas Misi Siri 5 kali ini diadakan di Beluran dengan usaha PGKS Beluran. Berlangsung pada 14-17 Mac 2009, seramai 31 orang pelajar menyertai kem ini. Sesuai dgn konsep kem ini, modul yang digunakan bertujuan membina daya kepimpinan di kalangan pemimpin pelajar Kristian. Antara pengisian kem ialah, kemahiran menyampaikan renungan firman, memimpin pujian, pengurusan organisasi, isu-isu pendidikan, RDK dan pelbagai lagi pengisian yang telah sedia ada dalam modul ini.
Tahniah kepada PGKS Beluran yang dipimpin oleh Cikgu Pastia dan 'krew'nya yang komited menunaikan tanggungjawab pelayanan. Malahan dalam beberapa siri kem tunas mini, kem kali ini adalah antara pengurusan logistik yang terbaik. PGKS Induk yang sempat hadir ialah pengerusi sendiri, Anan, Juining, Stephen dan Chen Eng. PGKS Pitas diwakili oleh cikgu Laimin. Stephen kata, menu ayam kari sangat sedap. Gereja katolik di sana juga turut menderma sejumlah wang yang banyak untuk penganjuran kem ini. Inilah uniknya pelayanan PGKS. Merentasi batasan tempat, kaum dan nama gereja. Semuanya kerana Satu Iman Satu Tujuan.

P/S : Gambar-gambar kem akan cuba dipaparkan melalui slaid dalam blog ini.