Khamis, Mac 12, 2009

BELASUNGKAWA UNTUK CIKGU NIMROD

Malam hari rabu, 11 Mac 2008, sekitar tengah malam menyaksikan PGKS kehilangan salah seorang pemimpin 'masa depannya'. Cikgu Nimrod, selaku Pengerusi PGKS dan bertugas sebagai Pegawai Khas di Pejabat Pelajaran Daerah Kudat telah meninggal dunia ekoran kemalangan ngeri di Jalan Kg.Lajong, Kudat. Beliau dalam perjalanan dari Kota Marudu ke Kudat selepas menemuduga calon-calon guru sandaran di Pejabat Pelajaran Kota Marudu. Difahamkan beliau meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.
Saya dan beberapa ahli PGKS Pitas dan Kudat telah sempat melawat keluarga beliau, khususnya isterinya iaitu Cikgu Raidith dan 2 org anak. Memang sangat memilukan melihat kejadian seperti ini. Apatah lagi melibatkan peribadi seperti Cikgu Nimrod yg sangat dedikasi dalam pelayanan dan kerjaya. Atas kapasitinya sbg Pengerusi PGKS Kudat, beliau jugalah yang memimpin proses pengambilalihan pelayanan pelajar di Asrama PCS Sikuati. Beliau juga memulakan kelas Bible Knowledge di SM Lok Yuk. Kesediaanya memimpin PGKS Kudat amat menyenangkan hati saya kerana beliau punya masa depan yang jelas dalam kepimpinan. Potensi ini telah saya lihat semasa beliau masih bergelar sbg pelajar di SM Lok Yuk, Kudat dimana saya bertugas pada masa itu.
Kini..beliau pergi meninggalkan legasi yang sukar dicari ganti. Memang ramai yang punya akademik dan kemahiran yang sama bahkan mungkin lebih baik berbanding dengan beliau TETAPI memiliki HATI yang diserahkan kepada TUHAN adalah yang utama. PGKS, khususnya PGKS Kudat dan teristimewa untuk Projek Asrama Sikuati sangat kehilangan. Melatih dan mengetengahkan seorang pemimpin bukannya mudah dan singkat dan ini benar-benar menghibakan hati saya. Untuk keluarganya, isterinya cikgu Raidith.PGKS berdoa agar anda kuat...kuat...kuat dan kuat di dalam TUHAN.
NOTA : Kepada anda yg ada beban menghulurkan sokongan kewangan kepada keluarganya..boleh salurkan ke akaun PGKS (Alliance Bank) : 101960010073726 atas nama Sabah Council of Churhers (PGKS). Sila maklumkan/sms bendahari PGKS, cikgu Jota apabila anda telah memasukkan sumbangan anda. TQ

Sabtu, Mac 07, 2009

PENGUMUMAN

Blog PGKS ini diwujudkan sebagai wadah persekutuan di kalangan ahli PGKS dan media interaktif di kalangan semua guru Kristian di Sabah & Labuan. Pembukaan blog ini dipersetujui dalam mesyuarat Induk PGKS awal tahun ini dengan harapan medium baru ini membolehkan PGKS sentiasa di dekat di hati para ahli dan 'mempromosikan' PGKS kepada guru Kristian yang baru dalam profesion.
Blog ini adalah milik semua guru Kristian khususnya di kalangan ahli. Justeru anda bukan menatap maklumat dan terlibat dalam sebarang isu perbincangan malah anda dialu-alukan untuk menghantar berita, maklumat dan isu perbincangan dalam blog ini ke e-mail : spgks@yahoo.com. Kejayaan matlamat dan keberkesanan blog ini bergantung kepada anda semua. Pihak PGKS Induk akan mengedit dahulu sebarang bahan yang hendak dimasukkan dengan cara yang paling minimum. Berita atau isu yang dikupas tidak semestinya bercorak rohani bahkan meliputi isu dan maklumat semasa dan yang berkaitan dengan profresion perguruan. Harapan kita blog ini bukan sahaja bermanfaat kepada ahli dan guru bahkan mampu menyumbang sesuatu kepada dunia pendidikan negara. Dengan komitmen anda, pastinya blog ini akan menjadi "One Stop Centre" kepada para ahli yang lain. Oleh itu sekali lagi diharapkan anda menyumbang kepada perkembangan blog ini.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi "pengarang" tetap blog ini dan ada kemampuan mengendali penerbitan blog, silalah hubungi pengerusi PGKS secara peribadi untuk mendapatkan kata laluan blog ini. Semoga dengan komitmen kita semua, blog ini adalah langkah ke arah pewujudan sebuah website forum PGKS yang lebih baik dan menyeluruh. Semua ini bergantung sejauh mana blog ini berkembang menepati sasaran. Akhir sekali...apabila anda mengujungi blog ini..sila tinggalkan PESANAN di bahagian ulasan dengan menyatakan komen dan butir diri anda. Sedikit kata-kata dorongan adalah suntikan motivasi yang kuat. Amin !