Sabtu, Mac 07, 2009

PENGUMUMAN

Blog PGKS ini diwujudkan sebagai wadah persekutuan di kalangan ahli PGKS dan media interaktif di kalangan semua guru Kristian di Sabah & Labuan. Pembukaan blog ini dipersetujui dalam mesyuarat Induk PGKS awal tahun ini dengan harapan medium baru ini membolehkan PGKS sentiasa di dekat di hati para ahli dan 'mempromosikan' PGKS kepada guru Kristian yang baru dalam profesion.
Blog ini adalah milik semua guru Kristian khususnya di kalangan ahli. Justeru anda bukan menatap maklumat dan terlibat dalam sebarang isu perbincangan malah anda dialu-alukan untuk menghantar berita, maklumat dan isu perbincangan dalam blog ini ke e-mail : spgks@yahoo.com. Kejayaan matlamat dan keberkesanan blog ini bergantung kepada anda semua. Pihak PGKS Induk akan mengedit dahulu sebarang bahan yang hendak dimasukkan dengan cara yang paling minimum. Berita atau isu yang dikupas tidak semestinya bercorak rohani bahkan meliputi isu dan maklumat semasa dan yang berkaitan dengan profresion perguruan. Harapan kita blog ini bukan sahaja bermanfaat kepada ahli dan guru bahkan mampu menyumbang sesuatu kepada dunia pendidikan negara. Dengan komitmen anda, pastinya blog ini akan menjadi "One Stop Centre" kepada para ahli yang lain. Oleh itu sekali lagi diharapkan anda menyumbang kepada perkembangan blog ini.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi "pengarang" tetap blog ini dan ada kemampuan mengendali penerbitan blog, silalah hubungi pengerusi PGKS secara peribadi untuk mendapatkan kata laluan blog ini. Semoga dengan komitmen kita semua, blog ini adalah langkah ke arah pewujudan sebuah website forum PGKS yang lebih baik dan menyeluruh. Semua ini bergantung sejauh mana blog ini berkembang menepati sasaran. Akhir sekali...apabila anda mengujungi blog ini..sila tinggalkan PESANAN di bahagian ulasan dengan menyatakan komen dan butir diri anda. Sedikit kata-kata dorongan adalah suntikan motivasi yang kuat. Amin !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan