
Saya memang tidak mampu menolong mereka kerana kekangan dalam banyak hal tetapi saya berusaha agar mereka ada keyakinan menghadapi subjek ini. Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada mereka kerana bimbang mereka tertekan. Saya mendorong mereka mereka dan mengatakan bahawa lulus bukanlah matlamat utama tetapi menjadi "rakan kerja" Allah di sekolah dalam menyatakan kemuliaan melalui pembacaan firmanNya. Melalui subjek ini mereka akan membaca firman Allah dan bukankah Allah berfirman bahawa firman yang ditabur tidak akan kembali dengan sia-sia tetapi akan berhasil. Pastinya hasil utama yang kita harapkan ialah mereka berjaya dan turut memiliki firman Allah dalam hati mereka.