Isnin, September 21, 2009

KEM BARNABAS




Setelah hampir 7 tahun "hilang" dalam kalendar PGKS dan terpaksa pula sekali ditangguh pada tahun ini, maka Kem Barnabas berjaya dianjurkan oleh PGKS buat kali ketiga. Puji Tuhan kerana rencana dan jangkauan Tuhan untuk bakal-bakal guru tidak pernah hilang. Juga berkat kegigihan dan doa yang tidak putus-putus dari PGKS yang memungkinkan segalanya. Bahkan dua minggu sebelum kem, tempat juga terpaksa ditukar dan ini merupakan cabaran untuk mencari tempat baru dalam masa yang singkat.
Apap pun, itulah bukti penyertaan dan kebaikan Tuhan. DIA telah menyediakan segala sesuatu. Peserta seramai 22 orang yang mewakili IP Keningau, IP Gaya, Unitar dan UMS serta 13 orang ahli PGKS. Tempat kem juga sangat indah dan selesa iaitu Pace Bene Formation Centre, Papar milik gereja Katolik. Puji Tuhan kerana pihak gereja memberikan kebenaran menggunakan tempat tersebut walaupun tempahan yang singkat. Dua penceramah iaitu Pastor Alfred dari NECF mengupas isu nasional sementara Dr.Shirley mengupas isu kerjaya dan Bible Knowledge. PGKS pula mendedahkan peserta kepada konsep dan kaedah pelaksanaan kem yang efektif.
Pada penghujung program, diputuskan agar penganjuran kem ini secara bergilir dan IP Keningau bersetuju menjadi penganjur bersama Kem Barnabas pada tahun 2010. Semoga kem pada kali ini mendorong para bakal guru untuk berkomitmen dalam kerjaya dan pelayanan. Pastinya mereka menjadi berbeza dengan yang lain kerana telah didedahkan dengan isu-isu nasional yang mencabar. Terima kasih dan tahniah kepada penasihat dan semua ahli PGKS yang telah bertungkus lumus menjayakan kem ini.

Khamis, September 17, 2009

LAWATAN KE KAPAL MV DOULOS





Pada 16 September lalu, PGKS telah mengadakan program lawatan rasmi ke kapal MV Doulos. PPK yang sempat menghantar wakil ialah SMK Pitas, SMK Telaga, SMK Kanibongan, SMK Pitas II, SMK Bandau, SMK Matunggong, SMK Badin, SMK Nabawan dan SMK Beluran. Kesemuanya berjumlah 160 orang termasuk guru-guru pengiring. Semasa lawatan, pihak Doulos telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik khususnya perkongsian dan kesaksian dari kalangan krew kapal tentang Tuhan Yesus. Doulos telah menerima dan melayan rombongan dengan mesra walaupun sebahagian rombongan terlewat tiba. Paling best mereka/pelajar menikmati jamuan tengahari di dalam kapal.
Walaupun sebahagian pelajar tidak mampu membeli buku kerana kekurangan wang namun PGKS percaya lawatan ini mendedahkan pelajar kepada pelayanan sukarelawan serta penginjilan secara langsung melalui kedai buku. PGKS mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penasihat Pn Leong Tuan Ghee yang memberikan sedikit subsidi kos,pihak Doulos dan guru-guru Kristian yang berkorban dalam pelayanan ini. Tuhan memberkati

Selasa, Jun 30, 2009

MASA DEPAN SEKOLAH MISSION

26-28 Jun lalu saya menghadiri (dijemput) menghadiri Conference Of Christian Mission School In Malaysia bertempat di Olympic Hotel, KL. Conference ini merupakan satu sejarah kerana buat pertama kali Perdana Menteri bersetuju untuk merasmikannya. (sblm ini menteri atau PM yang dijemput tidak datang). Tan Sri Bernard Dompok bukan sahaja pengerusi penganjur malahan 'org kuat" di sebalik penganjuran yang sangat berjaya ini.
Saya hadir atas kapasiti Pengerusi PGKS juga sekali mewakili gereja PCS. Delegasi dari Sabah seramai 11 orang yang mewakili 5 gereja utama, khususnya yang mengetuai jabatan pendidikan mission school masing-masing. Conference ini dianjurkan bagi membincangkan hala tuju sekolah sekolah mission di Malaysia yang kesemuanya berjumlah 460 yang sebilangan besar mencecah usia ratusan tahun. Walaupun diadakan di Olympic Hotel tetapi untuk upacara perasmian, diadakan di St.John Institution, sekolah mission tertua di KL (tempat di mana PM Datuk Seri Najib bersekolah selama 8 tahun). Sebelum upacara perasmian, delegasi utama conference telah bergambar bersama PM, Tan Sri Bernard Dompok, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Kai Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimudin.
Conference ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berupa 12 usul yang dikemukakan oleh Tan Sri Dompok dalam ucapan rasmi beliau. Antara usul ialah : pelaksanaan laporan Aziz 1971, pengekalan ethos, funding, dan leasehold land. PM dalam ucapan dan press conference selepas perasmian berjanji meneliti semua tuntutan/usul dan secara rasmi mengarahkan KPP dan Timbalan Menteri meneliti memorandum tersebut.
Conference benar-benar merasakan situasi dan iklim Malaysia sekarang merupakan right time untuk mission school di Malaysia memainkan peranan khususnya dalam konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh PM. PM dalam ucapannya mengakui peranan yang telah dimainkan oleh mission school dalam membina negara Malaysia. Akhirnya conference bersetuju menubuhkan Federation of Malaysia Mission School di mana saya salah seorang dlm protem komiti selain 3 orang lain dari Sabah. Saya paparkan beberapa gambar kenangan dalam conference tersebut. Gambar bersama PM akan saya paparkan sebaik sahaja penganjur mengirimkannya. Selain itu tidak lupa saya titipkan respect saya kepada Tan Sri Bernard kerana peranan besar yang beliau mainkan di sebalik semua ini. 1 Malaysia....Rakyat Diutamakan...

Isnin, Mei 04, 2009

BIBLE KNOWLEDGE DI SMK PITAS

Puji Tuhan..buat pertama kali sejak 1981, kelas Bible Knowledge (BK) berjaya dimulakan di SMK Pitas. Pada tahun ini seramai 13 orang calon BK telah mendaftar dalam SPM.Generasi ini bukan sahaja yang pertama di SMK Pitas malah di daerah Pitas. Petang tadi saya sampaikan buku teks BK kepada mereka. Buku teks ini dibeli menggunakan wang pungutan derma di kalangan guru-guru Kristian SMK Pitas. Pengetua sendiri, Pn.Kinit Tagok menderma sebanyak RM200.00. Para pelajar yang semuanya merupakan wanita nampak begitu bersemangat walaupun subjek ini disoal dalam Bahasa Inggeris tetapi mereka berjanji untuk berusaha.
Saya memang tidak mampu menolong mereka kerana kekangan dalam banyak hal tetapi saya berusaha agar mereka ada keyakinan menghadapi subjek ini. Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada mereka kerana bimbang mereka tertekan. Saya mendorong mereka mereka dan mengatakan bahawa lulus bukanlah matlamat utama tetapi menjadi "rakan kerja" Allah di sekolah dalam menyatakan kemuliaan melalui pembacaan firmanNya. Melalui subjek ini mereka akan membaca firman Allah dan bukankah Allah berfirman bahawa firman yang ditabur tidak akan kembali dengan sia-sia tetapi akan berhasil. Pastinya hasil utama yang kita harapkan ialah mereka berjaya dan turut memiliki firman Allah dalam hati mereka.