Sabtu, Disember 12, 2009

PANGGILAN LINTAS BUDAYA


Shalom semua. Puji Tuhan perkampungan guru-guru Kristian Sabah kali ke-8 berlangsung dengan jayanya. Walaupun kehadiran kurang memberangsangkan namun wajah sukacita dan semangat ada di setiap guru yang hadir.Juga kehadiran merangkumi pelbagai daerah dan gereja, menjadikan perkampungan berlangsung dengan ceria dan menghilangkan kekecewaan kerana kehadiran yang sedikit. Begitu juga sokongan tidak berbelah bagi daripada pihak SCC, NECF dan SU menambahkan semangat semua guru.
Pastor Alfred Tais selaku penceramah utama telah mendedahkan pelbagai isu dan gerakan semasa di sebalik tabir yang nampaknya semakin kritikal dan memerlukan tindakan susulan yang bersepadu. Segala data dan maklumat yang dikongsikan oleh Ps.Alfred tidak dapat didedahkan di blog ini dan sebab inilah mengapa pihak penganjur sedikit terkilan dengan bilangan yang sedikit. Maklumat seumpama ini sangat penting demi memantapkan pengetahuan dan pelayanan seorang guru. Disamping itu, beliau juga mengupas tema perkampungan "Panggilan Lintas Budaya" berkontekskan peribadi Daniel yang melayani melangkaui budaya. Inilah yg sebaiknya diterapkan sebagai seorang guru kristian iaitu melayani tanpa dibatasi wilayah, daerah, aliran dan kaum.
Semasa perkampungan juga diadakan AGM untuk PGKS Induk sesi 2009-2011.Sebilangan besar AJK Induk sedia ada kembali terpilih dan hanya beberapa bahagian yang berlaku perubahan. Segala tindakan susulan akan dibincangkan dalam Retret Majlis Umum yang dijangka akan diadakan pada 28-29 Januari 2010.PGKS Induk mengucapkan tahniah kepada semua yg hadir.Memang penganjur sedia maklum cabaran kehadiran kerana peperiksaan SPM dan STPM yang belum selesai, pelbagai kursus juga diadakan pada waktu yang sama dan pelbagai kekangan. Apapun tidak kurang juga mereka yang "sengaja" untuk tidak hadir kerana pelbagai alasan remeh temeh dan tidak melihat kepentingan pelayanan pelajar/guru khususnya melalui PGKS.
Semasa perkampungan juga, beberapa peribadi yang terbeban dengan pelayanan pelajar datang melawat. Mereka ialah Bishop Melter Tais, Sualim Gopog, Daimin Sulukan dan George Mikil. Agak mengujakan melihat mereka yang bukan guru tetapi datang menyokong kerana melihat kepentingan pelayanan guru. Pastinya satu cabaran kepada semua guru kristian. Akhirnya bertemu lagi dalam Perkampungan PGKS kali ke-9 pada tahun 2011.

1 ulasan:

  1. Rasa bercampur-campur apabila melihat sambutan yang kurang menggalkkan dalam aktivii PGKS. Sedih ada rindu pun ada ...malu pun ada. Sebagai orang yang pernah ikut PGKS begitulah di hati. Datang, rasa... tak layak. Hanya doa utk PGKS yang tercinta..semoga terus dipakai Tuhan sebagai wadah menyatukan umat Cgu.

    BalasPadam