Khamis, Februari 25, 2010

KEM TUNAS MISI SIRI 6



Puji Tuhan, PGKS sekali lagi berjaya melaksanakan pelayanan melalui Kem Tunas Misi Siri 6 pada 12-14 Februari 2010 bertempat di gereja PCS Pekan Pitas. Seramai 39 pemimpin pelajar khususnya AJK PPK telah didedahkan dengan kaedah pengurusan organisasi, memimpin pujian, menyampaikan renungan, isu-isu semasa dan beberapa lagi pengisian yang diharap dapat memantapkan pelayanan PPK di sekolah. Pada malam akhir disamping kotbah yang disampaikan oleh Pastor Efejus Rudin, pelajar juga didedahkan dengan "gambaran" pelayanan sebagai hamba yang disesuaikan dalam Yohanes 13 iaitu "mencuci/mengelap kaki" rakan.
Para peserta adalah dari SMK Pitas, SMK Pitas II, SMK Pinggan-Pinggan, SMK Kanibongan, SMK Bandau, SMK Kota Marudu, SMK Sikuati, SMK Matunggong, SMK Pekan Kudat dan SM Lok Yuk, Kudat.
Tahniah kepada semua guru PGKS yang sekali memberikan komitmen pelayanan yang diterajui oleh cikgu Anan selaku SU pelayanan Kem dalam PGKS Induk. Semoga benih yang ditanam dalam hati pelajar ini bakal berbuah untuk hormat kemuliaan Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan