Isnin, Mac 22, 2010

DUA PERISTIWA YANG BERMAKNA








13-15 Mac 2010 mencatat sejarah baru bagi perkembangan pelayanan PGKS apabila dua acara diadakan pada tarikh yang hampir serentak. Pertamanya Kem Barnabas Siri 4 telah diadakan di RRKK, Tuarid Tatal Keningau dengan kehadiran 65 dari IP Keningau, Gaya dan Kent. Termasuk guru, semuanya 75 orang menghadiri kem ini. Kehadiran yang cukup ramai pada kali ini amat mengujakan PGKS kerana mereka merupakan masa depan PGKS. Kem ini mengundang Ps.Alfred Tais sebagai penceramah utama. Disamping itu, pengarah IPG Keningau, Pn.Penny Lim turut menyampaikan ceramah dan seterusnya bersama-sama dengan para peserta menari dalam pesta tarian pujain pada malam terakhir. Pengarah IPG Keningau ternyata amat gembira menyokong penuh pelayanan PGKS, bahkan beliau turut menyumbang sokongan kewangan. Bishop Datuk Cornelius Piong turut menyampaikan ceramah disamping pengerusi PGKS. Turut memberikan sokongan ialah dua orang pensyarah IPG Keningau iaitu En.Mait Atong dan En.Ronald Botohong.
PGKS "kehilangan kata" menyatakan syukur kepada Tuhan kerana Kem Barnabas kali ini berlangsung dengan gemilang. Tahniah kepada cikgu Peter dan krewnya dari IPG Keningau yang berjaya menganjurkan kem ini dengan baik sekali. Terima kasih juga kepada gereja Katolik (RRKK) yang menyediakan tempat dengan diskaun bayaran sebanyak 50%. Tuan rumah Kem Barnabas pada tahun 2011 ialah IPG Kent Tuaran. Gimik penyerahan banner sebagai tuan rumah ternyata menggamit semangat yang tinggi untuk kelangsungan kem ini.
Pada malam 15 hb Mac, diadakan makan malam NECF-PGKS bersama pemimpin gereja Keningau. Seramai 21 orang pemimpin gereja dan guru hadir untuk makan bersama dan mendengar perkongsian daripada pihak NECF dan PGKS. Kehadiran pemimpin gereja dan guru ternyata kurang memberangsangkan namun semangat penganjur untuk menyalurkan isu dan beban ternyata membangkitkan semangat yang hadir. Puji Tuhan untuk dua acara yang sangat bermakna kepada PGKS.

Khamis, Februari 25, 2010

KEM TUNAS MISI SIRI 6



Puji Tuhan, PGKS sekali lagi berjaya melaksanakan pelayanan melalui Kem Tunas Misi Siri 6 pada 12-14 Februari 2010 bertempat di gereja PCS Pekan Pitas. Seramai 39 pemimpin pelajar khususnya AJK PPK telah didedahkan dengan kaedah pengurusan organisasi, memimpin pujian, menyampaikan renungan, isu-isu semasa dan beberapa lagi pengisian yang diharap dapat memantapkan pelayanan PPK di sekolah. Pada malam akhir disamping kotbah yang disampaikan oleh Pastor Efejus Rudin, pelajar juga didedahkan dengan "gambaran" pelayanan sebagai hamba yang disesuaikan dalam Yohanes 13 iaitu "mencuci/mengelap kaki" rakan.
Para peserta adalah dari SMK Pitas, SMK Pitas II, SMK Pinggan-Pinggan, SMK Kanibongan, SMK Bandau, SMK Kota Marudu, SMK Sikuati, SMK Matunggong, SMK Pekan Kudat dan SM Lok Yuk, Kudat.
Tahniah kepada semua guru PGKS yang sekali memberikan komitmen pelayanan yang diterajui oleh cikgu Anan selaku SU pelayanan Kem dalam PGKS Induk. Semoga benih yang ditanam dalam hati pelajar ini bakal berbuah untuk hormat kemuliaan Tuhan.

Isnin, Februari 08, 2010

KALENDAR AKTIVITI PGKS 2010

Sesuai dengan keputusan mesyuarat majlis umum PGKS pada 31 Januari 2010 yang lalu, berikut adalah kalendar aktiviti PGKS 2010.

12-14 Februari : Kem Tunas Misi di Pitas
13-15 Mac : Kem Barnabas di Keningau
15 Mac : Road Show PGKS di Keningau bersama NECF
8 Mei : Road Show PGKS di Telupid bersama NECF
14 Mei : Road Show PGKS di Kota Kinabalu bersama NECF
4-7 Jun : Kem Sahabat di Kudat
5 Jun : MoU PGKS dengan PCS (asrama bantaran joy centre)
17 Jun : Road Show PGKS di Kota Marudu bersama NECF
24-25 Sept : Karnival BK & PPK peringkat negeri di Kota Kinabalu
9-11 Disember : Percutian PGKS

Sempena mesyuarat, Cikgu Kenneth Tham telah dilantik sebagai wakil kawasan PGKS di Kota Kinabalu.

Semoga anda turut membantu pelayanan PGKS. Tuhan memberkati

Isnin, Januari 18, 2010

MAJLIS GEREJA-GEREJA DUNIA BERSUARA

Document date: 13.01.2010

Letter to the churches in Malaysia

Geneva, 13 January 2010

Dear Brothers and Sisters in Christ,

It is with profound sorrow that we heard the news of churches being attacked in different parts of Malaysia and of the nine church buildings firebombed during the past five days due to the controversy over the use of the word "Allah" for God by non-Muslims.

While Christians in majority Muslim countries all over the world, including your neighbouring country Indonesia, have used the word "Allah" for God for centuries, it is very disturbing to hear about this new controversy generated by a small sector of Muslims opposing the use of "Allah" for God by Christians. In fact, this action will only challenge tolerance and restrict religious freedom as well as negatively affecting the "One Malaysia" policy commitment made by the government which aims to ensure that racial harmony becomes a central policy for the country.

The World Council of Churches, as a fellowship of churches around the world, remains deeply concerned about these developments of communal disharmony. We hope for an immediate action by both the government and civil society to resolve the conflict, in order to avoid renewed hostilities and escalation of violence in society.

While appreciating the statement from the Prime Minister of Malaysia that "violence has not been part of the practice of religion in Malaysia" we hope that immediate measures will be taken to resolve the problem and that all perpetrators of these acts of violence will be brought to justice. It is heartening to see that numerous Islamic organizations and leaders have publicly condemned these wanton acts of a small group of people.

As you pass through this time of trouble and anxiety, we express our solidarity with all members of the churches and we call upon churches in Malaysia to continue their search for peace. We pray for peace and reconciliation among the people of different faiths and communities in your nation. May God Almighty strengthen you to "seek peace and pursue it" (Psalm 34:14).

Yours in Christ's love,

Rev. Dr Olav Fykse Tveit

WCC general secretary


P/S : Isi surat ini turut disiarkan di muka hadapan Daily Express, 14 Januari 2010. Saya tidak pastikan adakah akhbar lain turut menyiarkan. Terima kasih kepada WCC kerana respon ini. Sebagai makluman, di Malaysia CCM & CFM menjadi ahli kepada WCC. Gereja PCS sendiri menjadi anggota secara langsung. Lebih lanjut boleh melayari website WCC , iaitu http://www.oikoumene.org/.