Jumaat, Ogos 06, 2010

PERUNTUKAN SUBJEK BIBLE KNOWLEDGE


PGKS mengongsikan usaha guru di SM St Francis Xavier, Keningau untuk memartabatkan subjek Bible Knowledge melalui pembelian buku-buku teks dan bahan lain subjek ini. Menggembirakan kerana wang yang digunakan sememangnya peruntukan khas dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) untuk subjek ini. Sebenarnya kalau subjek ini wujud secara rasmi di sekolah maka pihak sekolah boleh memohon ABM untuk subjek ini. Kalau yang sudah lama ada, maka bolehlah bertanya kepada pengetua tentang peruntukan ini. Buku-buku teks dan bahan material yang lain untuk subjek BK boleh dibeli di Pustaka SU, Tingkat 2, Wisma Merdeka, Kota Kinabalu. Tahniah cikgu Peter dan rakan guru yang lain.
Apakah sumbangan anda untuk memartabatkan subjek ini?

Sabtu, Julai 24, 2010

ISU LAMA YANG SANGAT RELEVAN

Kementerian pelajaran digesa supaya segera membatalkan arahan yang mengharamkan pembentukan persatuan keagamaan bukan Islam di sekolah kebangsaan.

Anggota jawatankuasa MCA pusat Loh Seng Kok dalam satu sidang akhbar hari berkata isu berkenaan menjadi masalah serius, terutama di sekolah-sekolah di Pulau Pinang.

Katanya, setakat ini hanya persatuan agama Islam sahaja yang disenaraikan dalam satu garis panduan pengurusan ko-kurikulum yang ditetapkan kementerian.

Tambahnya, kementerian perlu segera menghentikan interpretasi yang bercanggah dalam melaksanakan dasar ko-kurikulum.

Loh turut menggesa supaya layanan adil diberikan, termasuk dengan membenarkan persatuan bukan Islam dimasukkan dalam garis panduan berkenaan.

Isu tersebut mula menjadi perhatian apabila sebuah akhbar bahasa Inggeris pada awal bulan ini melaporkan mengenai pembubaran Persatuan Buddha, Hindhu dan Kristian di Sekolah Tinggi Klang.

Guru ditukar

Beberapa pihak mengemukakan pandangan bahawa isu tersebut timbul berikutan kesalahan dalam mentafsirkan surat pekeliling Bil.20/2000 yang diedarkan Kementerian Pelajaran pada tahun 2000, yang menyebut semua persatuan di sekolah perlu didaftarkan dengan jabatan pelajaran negeri.

Pada 13 Julai, timbalan menterinya Datuk Wee Ka Siong dilaporkan berkata, pentadbiran Sekolah Tinggi Klang telah membuat tafsiran yang salah ke atas kandungan pekeliling berkenaan.

Pekeliling berkenaan menyatakan bahawa persatuan agama bukan Islam yang dibentuk sebelum tahun 2000 tidak perlu dibubarkan.

Bagaimanapun, Loh berkata semua persatuan perlu diberikan layanan yang adil dan saksama, tanpa mengira tahun pembentukannya.

Katanya, isu berkenaan kini sangat serius kerana ada guru yang ditukar ke sekolah lain kerana aktif dalam kegiatan agama Kristian di sekolah mereka.

Guru yang berpengalaman mengajar selama 30 tahun itu berkata tidak ada alasan diberikan atas arahan pertukaran tersebut.

"Pada tahun 1998, saya sendiri menerima satu arahan daripada bekas pegawai atasan saya yang mahu hentikan semua kegiatan komuniti Kristian di sekolah. Apabila saya minta diberikan sebab, saya tidak diberikan satupun (sebab)," katanya

Turut hadir di sidang media tersebut ialah wakil guru dan juga pemimpin keagamaan termasuk timbalan presiden Persatuan Penganut Buddha Malaysia Loh Yit Phing, presiden Persatuan Buddha Subang Jaya Raymond Low dan setiausaha eksekutif Persekutuan Penganut Kristian Malaysia Tan Kong Beng.

Rabu, Mei 26, 2010

MAKAN MALAM DAN DIALOG TERTUTUP BERSAMA NECF

Sepanjang cuti sekolah bulan Jun ini, PGKS akan mengadakan roadshow bergerak di seluruh Sabah. Roadshow ini yang dimulakan di Keningau pada bulan Mac lalu dijalankan dengan kerjasama NECF melalui setiausaha eksekutif (komisi Bahasa), Ps.Alfred Tais. Berikut adalah jadual roadshow :

14 Jun 2010 (Sandakan). Hubungi cikgu Stephen 016-8294027
15 Jun 2010 (Telupid). Hubungi cikgu Stephen 106-8294027
16 Jun 2010 (Utara/Kota Marudu). Hubungi cikgu Anthony 019-5304762
20 Jun 2010 (Kota Kinabalu). Hubungi cikgu Kenneth Tham 012-8099040

Diharap semua guru Kristian dan ahli PGKS dapat hadir. Antara pengisian program ialah taklimat, dialog tertutup, makan malam dan jualan buku. Isu-isu semasa akan seperti kronologi perundangan, isu perkataan dan sebagainya akan dikupas. Jumpa anda di lokasi-lokasi berkenaan.

Selasa, Mei 18, 2010

SMS HARI GURU

1. Apa cita2 u sblm jadi guru? Majistret?Lawyer?Engineer?menyesal jadi guru? cuba fikir.. ada tak lawyer yang sanggup pakai topi arkitek? Ada tak majistret yang berani pakai kot doktor? Tapi guru adalah semuanya. Kita jadi doktor bila pelajar sakit. Lawyer bila parents tanya itu ini. Majistret bila budak gaduh. Jadi security guard dan ahli nujum. Meramal soalan..itulah BELALANG. Yg hebatnya ada yg jadi tukang kebun. Oleh itu berbanggalah jadi guru sebab anda adalah segalanya.
2. Dulu murid hormat dan takut guru, kini guru takut murid. Dulu guru chalk n talk, kini guru kena slow talk. Dulu guru boleh claim, kini tak boleh complain. Dulu hari guru dapat wang saku, kini hari guru dapat penyapu...gotong royong perdana.
3. Teacher is like PEPSI " Ask for more". Teacher is like NIKE "Just do it". Teacher is like NOKIA "Connecting people". Teacher is like TOYOTA " Moving Foward". Teacher is like DMAX " Duability and Reliability"
4. 3 people reached heaven's gate. God said only 1 can go to heaven, others must go to hell. 1st: I'm priest,I spread ur teaching to the world. 2nd: I'm a doctor, I save lives. 3rd :I'm a teacher. Heaven's door opened. The teacher was shocked. God said : Come in my child ! U were in hell for many years !!!

P/S : Mana satu SMS pilihan anda? maaf terlewat ucapkan SELAMAT HARI GURU