1. Apa cita2 u sblm jadi guru? Majistret?Lawyer?Engineer?menyesal jadi guru? cuba fikir.. ada tak lawyer yang sanggup pakai topi arkitek? Ada tak majistret yang berani pakai kot doktor? Tapi guru adalah semuanya. Kita jadi doktor bila pelajar sakit. Lawyer bila parents tanya itu ini. Majistret bila budak gaduh. Jadi security guard dan ahli nujum. Meramal soalan..itulah BELALANG. Yg hebatnya ada yg jadi tukang kebun. Oleh itu berbanggalah jadi guru sebab anda adalah segalanya.
2. Dulu murid hormat dan takut guru, kini guru takut murid. Dulu guru chalk n talk, kini guru kena slow talk. Dulu guru boleh claim, kini tak boleh complain. Dulu hari guru dapat wang saku, kini hari guru dapat penyapu...gotong royong perdana.
3. Teacher is like PEPSI " Ask for more". Teacher is like NIKE "Just do it". Teacher is like NOKIA "Connecting people". Teacher is like TOYOTA " Moving Foward". Teacher is like DMAX " Duability and Reliability"
4. 3 people reached heaven's gate. God said only 1 can go to heaven, others must go to hell. 1st: I'm priest,I spread ur teaching to the world. 2nd: I'm a doctor, I save lives. 3rd :I'm a teacher. Heaven's door opened. The teacher was shocked. God said : Come in my child ! U were in hell for many years !!!
P/S : Mana satu SMS pilihan anda? maaf terlewat ucapkan SELAMAT HARI GURU
Selasa, Mei 18, 2010
Isnin, April 12, 2010
PELAYANAN PGKS TERUS MELANGKAH
Ini adalah antara skop pelayanan PGKS masa kini. Isu ini juga telah menjadi sampel kes nasional mengenai isu birokrasi dalam pengambilan dalam latihan dan kerjaya perguruan. Kenapakah kuota, ras dan agama masih menjadi sandaran dan mengetepikan merit kecemerlangan akademik, semangat dan sahsiah seseorang?
Marilah kita perkasakan pelayanan PGKS supaya suara dan peranan PGKS semakin mantap dan dalam menjadi nadi dalam perkembangan pendidikan dan kerjaya anak-anak bumiputera Kristian di Sabah......
Isnin, Mac 22, 2010
DUA PERISTIWA YANG BERMAKNA
13-15 Mac 2010 mencatat sejarah baru bagi perkembangan pelayanan PGKS apabila dua acara diadakan pada tarikh yang hampir serentak. Pertamanya Kem Barnabas Siri 4 telah diadakan di RRKK, Tuarid Tatal Keningau dengan kehadiran 65 dari IP Keningau, Gaya dan Kent. Termasuk guru, semuanya 75 orang menghadiri kem ini. Kehadiran yang cukup ramai pada kali ini amat mengujakan PGKS kerana mereka merupakan masa depan PGKS. Kem ini mengundang Ps.Alfred Tais sebagai penceramah utama. Disamping itu, pengarah IPG Keningau, Pn.Penny Lim turut menyampaikan ceramah dan seterusnya bersama-sama dengan para peserta menari dalam pesta tarian pujain pada malam terakhir. Pengarah IPG Keningau ternyata amat gembira menyokong penuh pelayanan PGKS, bahkan beliau turut menyumbang sokongan kewangan. Bishop Datuk Cornelius Piong turut menyampaikan ceramah disamping pengerusi PGKS. Turut memberikan sokongan ialah dua orang pensyarah IPG Keningau iaitu En.Mait Atong dan En.Ronald Botohong.
PGKS "kehilangan kata" menyatakan syukur kepada Tuhan kerana Kem Barnabas kali ini berlangsung dengan gemilang. Tahniah kepada cikgu Peter dan krewnya dari IPG Keningau yang berjaya menganjurkan kem ini dengan baik sekali. Terima kasih juga kepada gereja Katolik (RRKK) yang menyediakan tempat dengan diskaun bayaran sebanyak 50%. Tuan rumah Kem Barnabas pada tahun 2011 ialah IPG Kent Tuaran. Gimik penyerahan banner sebagai tuan rumah ternyata menggamit semangat yang tinggi untuk kelangsungan kem ini.Pada malam 15 hb Mac, diadakan makan malam NECF-PGKS bersama pemimpin gereja Keningau. Seramai 21 orang pemimpin gereja dan guru hadir untuk makan bersama dan mendengar perkongsian daripada pihak NECF dan PGKS. Kehadiran pemimpin gereja dan guru ternyata kurang memberangsangkan namun semangat penganjur untuk menyalurkan isu dan beban ternyata membangkitkan semangat yang hadir. Puji Tuhan untuk dua acara yang sangat bermakna kepada PGKS.
Khamis, Februari 25, 2010
KEM TUNAS MISI SIRI 6
Puji Tuhan, PGKS sekali lagi berjaya melaksanakan pelayanan melalui Kem Tunas Misi Siri 6 pada 12-14 Februari 2010 bertempat di gereja PCS Pekan Pitas. Seramai 39 pemimpin pelajar khususnya AJK PPK telah didedahkan dengan kaedah pengurusan organisasi, memimpin pujian, menyampaikan renungan, isu-isu semasa dan beberapa lagi pengisian yang diharap dapat memantapkan pelayanan PPK di sekolah. Pada malam akhir disamping kotbah yang disampaikan oleh Pastor Efejus Rudin, pelajar juga didedahkan dengan "gambaran" pelayanan sebagai hamba yang disesuaikan dalam Yohanes 13 iaitu "mencuci/mengelap kaki" rakan.
Para peserta adalah dari SMK Pitas, SMK Pitas II, SMK Pinggan-Pinggan, SMK Kanibongan, SMK Bandau, SMK Kota Marudu, SMK Sikuati, SMK Matunggong, SMK Pekan Kudat dan SM Lok Yuk, Kudat.
Tahniah kepada semua guru PGKS yang sekali memberikan komitmen pelayanan yang diterajui oleh cikgu Anan selaku SU pelayanan Kem dalam PGKS Induk. Semoga benih yang ditanam dalam hati pelajar ini bakal berbuah untuk hormat kemuliaan Tuhan.
Para peserta adalah dari SMK Pitas, SMK Pitas II, SMK Pinggan-Pinggan, SMK Kanibongan, SMK Bandau, SMK Kota Marudu, SMK Sikuati, SMK Matunggong, SMK Pekan Kudat dan SM Lok Yuk, Kudat.
Tahniah kepada semua guru PGKS yang sekali memberikan komitmen pelayanan yang diterajui oleh cikgu Anan selaku SU pelayanan Kem dalam PGKS Induk. Semoga benih yang ditanam dalam hati pelajar ini bakal berbuah untuk hormat kemuliaan Tuhan.
Langgan:
Catatan (Atom)

